Posts

Showing posts from February, 2025

Pengalaman pertama sebagai guru praktikum

Image
Bukak je sem baru, Tahun 3 Semester 1...terus guru-guru pelatih hadiri taklimat persediaan praktikum selama seminggu. Sekolah untuk praktikum dah dipilih pada sem sebelumnya lagi, jadi urusan penempatan sudah selesai. Saya pilih sekolah yang dekat-dekat je...tak payah bangun awal sangat 😗 Taklimat tu banyak bincang pasal etika dan kelakuan yang sepatutnya para guru pelatih ni amalkan and buat revision balik tentang cara-cara nak buat lesson plan, tulis lesson objectives macam mana, bbm (bahan bantu mengajar) yang kitorang boleh guna etc. Jadual kitorang full dari pagi sampai petang. Nervous sebenarnya sebab ni pertama kali nak masuk mengajar betul2 dalam kelas😣. Masa PBS (pengalaman berasaskan sekolah) dulu just ronda2 sekolah and interview cikgu2 je. Akhirnya tibalah hari Isnin yang dinanti-nantikan, hari pertama praktikum di sekolah. Buat pertama kalinya setelah sekian lama...aku bangun pukul 5.30 pagi. Dah bersiap apa semua, aku pun pergi ambik partner praktikum aku kat rumah sewa...