Pengalaman pertama sebagai guru praktikum



Bukak je sem baru, Tahun 3 Semester 1...terus guru-guru pelatih hadiri taklimat persediaan praktikum selama seminggu. Sekolah untuk praktikum dah dipilih pada sem sebelumnya lagi, jadi urusan penempatan sudah selesai. Saya pilih sekolah yang dekat-dekat je...tak payah bangun awal sangat 😗

Taklimat tu banyak bincang pasal etika dan kelakuan yang sepatutnya para guru pelatih ni amalkan and buat revision balik tentang cara-cara nak buat lesson plan, tulis lesson objectives macam mana, bbm (bahan bantu mengajar) yang kitorang boleh guna etc. Jadual kitorang full dari pagi sampai petang.

Nervous sebenarnya sebab ni pertama kali nak masuk mengajar betul2 dalam kelas😣. Masa PBS (pengalaman berasaskan sekolah) dulu just ronda2 sekolah and interview cikgu2 je.

Akhirnya tibalah hari Isnin yang dinanti-nantikan, hari pertama praktikum di sekolah. Buat pertama kalinya setelah sekian lama...aku bangun pukul 5.30 pagi. Dah bersiap apa semua, aku pun pergi ambik partner praktikum aku kat rumah sewa dia and kitorang pergi sekolah sama2. 

Kitorang sampai sekolah pukul 6.50 pagi. Btw dari IPG ke sekolah lebih kurang 7 minit je. Sampai je sekolah, kitorang bagitau guard yang kitorang ni cikgu yang datang praktikum kat sini. Pergi ke tempat parking, takde orang HAHAHAHAHA. Awal sangat rupanya kitorang datang. So kitorang pun lepak2 dulu dalam kereta sambil membincangkan betapa nervousnya kitorang berdua.

Lepas tu baru la kitorang nampak kereta cikgu2 lain masuk dalam kawasan sekolah. Berdebar tu hanya Tuhan yang tahu. TO BE CONTINUED...

Comments

  1. Pengalaman yang sangat mengujakan dari teacher malissa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Career Development Plan